Wednesday, March 19, 2008

PRINSIP LUTSINAR

Saya berharap jikalau Persatuan Melayu Antarabangsa dapat ditubuhkan , ia akan, memegang kepada prinsip Lutsinar.

Apakah maksud prinsip Lutsinar?
Prinsip Lutsinar bermaksud segala aktiviti dan pengendalian persatuan dapat dilihat oleh semua ahli-ahlinya. Contohnya , akaun persatuan hendaklah diletakkan dalam sumber yang dapat dilihat oleh semua ahli , sama ada melalui surat khabar ataupun yang paling berkesan adalah melalui Internet. Dengan itu penyelewengan duit rakyat melayu dapat dibendung.

Selain itu pendaftaran keahlian juga harus dipaparkan , lengkap dengan nombor kad pengenalan bersama wang pendaftaran yang dibayar. Sebagai contoh :

1.Omar bin Ali = 851212-18-7821 = wang pendaftaran utk setahun = RM1000 (min RM10)
2.Yusof bin Abas= 871212-19-7328= wang pendaftaran utk setahun= RM 20 (min RM10)
3. dan seterusnya.....


Ahli-ahli tidak harus takut atau risau tentang penyiaran no. kad pengenalan secara terbuka kerana jika kita tak buat salah apa-apa ... apakah yang harus ditakuti.

Dengan adanya prinsip ini maka mudahlah bagi semua ahli untuk meneliti dan mengawasi duit persatuan dan membuktikan keahlian.

Wang Persatuan yang dikumpulkan dalam setahun bukan sahaja dapat digunakan untuk kerja amal , tetapi, ia juga dapat memberi pengetahuan(indicator) tentang tahap penyatuan Melayu.


Sekian , Terima Kasih.
Bersatu kita teguh , Bercerai kita roboh.

2 comments:

Anonymous said...

Memang tak salah jika nak publish no kat pengenalan, tapi ia memudahkan kerja-kerja pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggunakan nama & no kad pengenalan tersebut untuk tujuan menyamar. Semakin senang la kecurian identiti berlaku.. huhu..

Anonymous said...

Asalamualaikum,

Saudara Junaidix, mmg benar mungkin akan berlakunya kecurian identiti, tetapi apa yang disarankan oleh pengendali blog ini hanyalah diperingkat cadangan. Jika sesuai untuk dilakasanakan, barulah kita cari kaedah yang lebih sesuai dan telus. Itu belum dikira lagi pandangan daripada sesiapa sahaja yang berminat.