Sunday, March 16, 2008

Persatuan Melayu Antarabangsa

Asalamualaikum ,

Berikut adalah sebuah cadangan bagi menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan yang dinamakan Persatuan Melayu Antarabangsa. Hasrat penubuhan badan bukan kerajaan ini adalah untuk membawa minda masyarakat melayu untuk berfikiran ke satu arah(parallel thinking) tanpa memikirkan perbezaan pegangan politik. Sama seperti asas persatuan-persatuan yang lain di dunia, Persatuan Melayu Antarabangsa , berhasrat untuk menyatukan kaum melayu sedunia. Walaupun komuniti Melayu berada di Afrika Selatan , Thailand, Malaysia, Singapura , Indonesia, Brunei dan Filipina , namun jika dibandingkan sedunia masyarakat melayu adalah bangsa minoriti dunia.
Oleh yang demikian , keutuhan penyatuan Melayu haruslah diperkukuhkan bagi menjamin kehadiran kita di masa hadapan kelak.


Sebuah badan tidak dapat berdiri teguh jika dari segi, mikro, sel-sel nya tidak berfungsi dengan baik. Maka apabila ini berlaku tissue yang akan membentuk organ yang akan membentuk sistem badan juga tidak akan berfungsi dengan baik.
Oleh itu asas Persatuan ini haruslah bermula di peringkat negara. Anggapkanlah setiap melayu sebagai satu sel , berajakan sendiri , menyumbang kepada penubuhan sebuah sistem yang mantap.


Apa yang dimaksudkan sebagai Berajakan Sendiri?

Untuk mengelakkan pergolakkan perebutan kuasa , Persatuan Melayu Antarabangsa ingin mencadangkan setiap Melayu(sel) adalah pemimpinnya sendiri dan inginkan persatuan ini berjalan secara automatik tanpa perlu mempunyai pemimpin yang sahih. Penentuan Persatuan Melayu Antarabangsa ini terletak pada ahli-ahlinya sendiri.


Pada peringkat ini ... ia hanyalah suatu cadangan semata-mata dan sama ada ia adalah suatu khayalan ataupun sesuatu yang dapat dibentuk , ia terletak kepada kebolehan anda mewartakan cadangan ini kepada semua orang melayu dikenali ataupun yang tak dikenali.


Bak kata pepatah hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih.


Berfikiran ke satu arah (Parallel thinking) ???

1- Persatuan Melayu Antarabangsa - dijadikan sebagai kawasan neutral(neutral ground) di mana idealogi politik ditinggalkan di luar pintu Persatuan.
Persatuan yang perbincangannya berasaskan pertolongan kepada kaum melayu.

2- Niat ikhlas membantu dan menolong melayu yang belum masuk ke taraf sederhana cara hidup.


Bagaimana untuk mula ?

Terpinga-pinga saya fikirkan bagaimana untuk memulakan perjalanan penubuhan persatuan ini. Idea yang tercetus adalah setiap Melayu yang berdaftar dengan persatuan ini hendaklah membayar wang pendaftaran sebanyak RM10. Tempoh keahlian adalah selama setahun. Jadi setiap tahun pendaftaran hendaklah diperbaharui.
Secara logiknya... jikalau 1 juta melayu berdaftar setahun = RM10 juta .
Wang ini disimpan oleh Persatuan untuk ditentukan oleh ahli-ahlinya sama ada disimpan untuk kegunaan masa hadapan atau digunakan untuk membantu pembangunan masyarakat melayu.

Wang pendaftaran RM10 adalah minimum . Ahli yang ingin membayar wang pendaftaran lebih RM10 dialu-alu kan.

Dengan itu warta-warta kan lah cadangan ini. Selain itu mari lah kita sama jayakan Persatuan ini kerana saya merasakan bahawa ia dapat menolong melayu dari segi ekonomi dan membawa tahap pemikiran yang baru.

Sila juga beri cadangan atau jalankan tanggunjawab anda untuk penubuhan Persatuan ini.

Sekian Terima Kasih.
Bersatu kita teguh , Bercerai kita roboh.

1 comment:

zaki1112 said...

Asalamualaikum,

Saya tersangatlah setuju dgn cadangan saudara ini.. apa kata untuk permulaan kita sebarkan cadangan ini ke semua blog2 yang ditulis oleh orang Melayu dan kita lihat dulu mcm mana reaksi mereka.... dan saya juga meminta kebenaran kpd saudara untuk copy dan paste cadangan saudara itu untuk saya publish dlm blog saya, dan saya mungkin akan membuat sedikit alteration... so silalah saudara ko blog saya dan berilah cooment disitu sbg persetujuan.

sekian
terima kasih.