Monday, September 1, 2008

Bersongkok kan Tengkolok , Bersampinkan Keris

Ingin saya meluahkan perasaan sedih atas apa yang telah saya lihat baru-baru ini. Seorang guru muzik berbangsa Melayu tidak mendengar lagu-lagu Melayu , malah rauk wajah bagaikan lagu melayu seumpama hina untuk didengari. Namun apa yang lebih menyedihkan adalah apabila saya melihat seorang ibu jelak mendengar anak kecilnya berjinak-jinak berbahasa Melayu. Hang Tuah pernah berkata 'Takkan Melayu Hilang di Dunia'. Adakah ini masih benar?

Friday, March 28, 2008

Laungan mu disahuti .

Berikut adalah antara laungan orang-orang Melayu yang inginkan perubahan. Mereka inginkan Penyatuan . Persatuan Melayu Antarabangsa mendengar laungan mu .










Wednesday, March 19, 2008

PRINSIP LUTSINAR

Saya berharap jikalau Persatuan Melayu Antarabangsa dapat ditubuhkan , ia akan, memegang kepada prinsip Lutsinar.

Apakah maksud prinsip Lutsinar?
Prinsip Lutsinar bermaksud segala aktiviti dan pengendalian persatuan dapat dilihat oleh semua ahli-ahlinya. Contohnya , akaun persatuan hendaklah diletakkan dalam sumber yang dapat dilihat oleh semua ahli , sama ada melalui surat khabar ataupun yang paling berkesan adalah melalui Internet. Dengan itu penyelewengan duit rakyat melayu dapat dibendung.

Selain itu pendaftaran keahlian juga harus dipaparkan , lengkap dengan nombor kad pengenalan bersama wang pendaftaran yang dibayar. Sebagai contoh :

1.Omar bin Ali = 851212-18-7821 = wang pendaftaran utk setahun = RM1000 (min RM10)
2.Yusof bin Abas= 871212-19-7328= wang pendaftaran utk setahun= RM 20 (min RM10)
3. dan seterusnya.....


Ahli-ahli tidak harus takut atau risau tentang penyiaran no. kad pengenalan secara terbuka kerana jika kita tak buat salah apa-apa ... apakah yang harus ditakuti.

Dengan adanya prinsip ini maka mudahlah bagi semua ahli untuk meneliti dan mengawasi duit persatuan dan membuktikan keahlian.

Wang Persatuan yang dikumpulkan dalam setahun bukan sahaja dapat digunakan untuk kerja amal , tetapi, ia juga dapat memberi pengetahuan(indicator) tentang tahap penyatuan Melayu.


Sekian , Terima Kasih.
Bersatu kita teguh , Bercerai kita roboh.

Sunday, March 16, 2008

Persatuan Melayu Antarabangsa

Asalamualaikum ,

Berikut adalah sebuah cadangan bagi menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan yang dinamakan Persatuan Melayu Antarabangsa. Hasrat penubuhan badan bukan kerajaan ini adalah untuk membawa minda masyarakat melayu untuk berfikiran ke satu arah(parallel thinking) tanpa memikirkan perbezaan pegangan politik. Sama seperti asas persatuan-persatuan yang lain di dunia, Persatuan Melayu Antarabangsa , berhasrat untuk menyatukan kaum melayu sedunia. Walaupun komuniti Melayu berada di Afrika Selatan , Thailand, Malaysia, Singapura , Indonesia, Brunei dan Filipina , namun jika dibandingkan sedunia masyarakat melayu adalah bangsa minoriti dunia.
Oleh yang demikian , keutuhan penyatuan Melayu haruslah diperkukuhkan bagi menjamin kehadiran kita di masa hadapan kelak.


Sebuah badan tidak dapat berdiri teguh jika dari segi, mikro, sel-sel nya tidak berfungsi dengan baik. Maka apabila ini berlaku tissue yang akan membentuk organ yang akan membentuk sistem badan juga tidak akan berfungsi dengan baik.
Oleh itu asas Persatuan ini haruslah bermula di peringkat negara. Anggapkanlah setiap melayu sebagai satu sel , berajakan sendiri , menyumbang kepada penubuhan sebuah sistem yang mantap.


Apa yang dimaksudkan sebagai Berajakan Sendiri?

Untuk mengelakkan pergolakkan perebutan kuasa , Persatuan Melayu Antarabangsa ingin mencadangkan setiap Melayu(sel) adalah pemimpinnya sendiri dan inginkan persatuan ini berjalan secara automatik tanpa perlu mempunyai pemimpin yang sahih. Penentuan Persatuan Melayu Antarabangsa ini terletak pada ahli-ahlinya sendiri.


Pada peringkat ini ... ia hanyalah suatu cadangan semata-mata dan sama ada ia adalah suatu khayalan ataupun sesuatu yang dapat dibentuk , ia terletak kepada kebolehan anda mewartakan cadangan ini kepada semua orang melayu dikenali ataupun yang tak dikenali.


Bak kata pepatah hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih.


Berfikiran ke satu arah (Parallel thinking) ???

1- Persatuan Melayu Antarabangsa - dijadikan sebagai kawasan neutral(neutral ground) di mana idealogi politik ditinggalkan di luar pintu Persatuan.
Persatuan yang perbincangannya berasaskan pertolongan kepada kaum melayu.

2- Niat ikhlas membantu dan menolong melayu yang belum masuk ke taraf sederhana cara hidup.


Bagaimana untuk mula ?

Terpinga-pinga saya fikirkan bagaimana untuk memulakan perjalanan penubuhan persatuan ini. Idea yang tercetus adalah setiap Melayu yang berdaftar dengan persatuan ini hendaklah membayar wang pendaftaran sebanyak RM10. Tempoh keahlian adalah selama setahun. Jadi setiap tahun pendaftaran hendaklah diperbaharui.
Secara logiknya... jikalau 1 juta melayu berdaftar setahun = RM10 juta .
Wang ini disimpan oleh Persatuan untuk ditentukan oleh ahli-ahlinya sama ada disimpan untuk kegunaan masa hadapan atau digunakan untuk membantu pembangunan masyarakat melayu.

Wang pendaftaran RM10 adalah minimum . Ahli yang ingin membayar wang pendaftaran lebih RM10 dialu-alu kan.

Dengan itu warta-warta kan lah cadangan ini. Selain itu mari lah kita sama jayakan Persatuan ini kerana saya merasakan bahawa ia dapat menolong melayu dari segi ekonomi dan membawa tahap pemikiran yang baru.

Sila juga beri cadangan atau jalankan tanggunjawab anda untuk penubuhan Persatuan ini.

Sekian Terima Kasih.
Bersatu kita teguh , Bercerai kita roboh.